Sipnosis Kursus

Terbuka untuk wanita & lelaki!

Antara permasalahan yang sering dihadapi oleh masyarakat Islam kita ialah permasalahan mengenai darah haid, istihadhah dan nifas. Ia adalah tajuk yang sangat penting dan wajib diberikan perhatian yang sangat teliti sebab ia bersangkut paut dengan masalah ibadah seharian.

Walaupun ianya adalah perkara yang dihadapi oleh wanita, namun sebagai suami atau ayah yang mempunyai isteri atau anak perempuan, adalah menjadi tanggungjawab bagi kaum lelaki untuk memastikan bahawa isteri dan anak-anak perempuan mereka mendapat pendidikan secukupnya di dalam agama, termasuk di dalam bab darah wanita (fardhu kifayah bagi lelaki untuk belajar & fardhu ‘ain untuk setiap wanita belajar)

Sebahagian golongan wanita mengambil sikap sambil lewa dan hanya “mengagak-agak” sahaja di menentukan waktu haid atau istihadhah mereka masing-masing. Sebahagian pula rasa malu untuk mempelajari bab ini.

Sehubungan itu, Al-Hadi Academy mengambil pendekatan untuk memudahkan golongan wanita & lelaki mempelajari bab yang amat penting ini.

Bagi para ibu, bapa dan suami yang meyakini bahawa isteri atau anak-anak perempuan mereka masih belum begitu faham dalam permasalahan ini, harap dapat menghantar mereka untuk mempelajari salah satu bab dari ilmu fardhu ‘ain.

Antara perkara-perkara yang akan dipelajari ialah:

  • Pengertian haid, istihadhah & nifas
  • Mengenali ciri-cirinya
  • Cara-cara untuk membezakan antara darah haid & istihadhah
  • Contoh-contoh perkiraan hari bagi menentukan jenis darah
  • Hukum-hakam yang terikat dengan darah tersebut
  • dan lain-lain lagi…

Course curriculum

  • 1

    Lesson 1

    • Pendahuluan - Cara Menggunakan Sistem Ini

    • Fiqh Darah Wanita - Bhg 1

    • Fiqh Darah eBook (Right-Click & Open In A New Tab/Window)

  • 2

    Lesson 2

    • Fiqh Darah Wanita - Bhg 2

    • Fiqh Darah eBook (Right-Click & Open In A New Tab/Window)