Sipnosis Kursus

*Kursus Akhlak & Penyucian Jiwa*

Maksud Firman Allah subhanahuwa ta’aala:
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya”
(Surah Ays-Syams: 9-10)

Maksud Hadith:
“Ingatlah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Jika ia rusak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung)”
(HR Bukhari & Muslim)


Secara ringkas, kursus ini akan membincangkan mengenai:

– Erti akhlak & penyucian jiwa (tazkiyyatun nafs)
– Kewajipan menjaga anggota badan dari perkara-perkara haram
– Penyakit-penyakit hati – mengenal & cara mengubatinya
– Mengenali sifat-sifat mazmumah & mahmudah
– Cara mengaplikasikan akhlak & penyucian jiwa di dalam konteks semasa
– Fitnah media sosial: Apa, kenapa & bagaimana?
– Dan lain-lain lagi…


Antara contoh-contoh perbincangan:
– Mengapa penting untuk berakhlak dan menyucikan jiwa kita?
– Apakah ada dalil-dalil yang menunjukkan ke arah perintah tersebut?
– Keperluan menjaga 7 anggota badan dari melakukan perkara-perkara yang haram

– Mengenalpasti sifat-sifat tercela seperti hasad, tamak, melaknat, mencerca, berbohong, mengumpat, buruk sangka, dan lain-lain lagi
– Apakah kaitannya dengan kehidupan zaman sekarang? Apakah contoh-contoh yang boleh diambil ketika bersama rakan sekerja, bersama keluarga, bersama suami isteri, bersama jiran, dan lain-lain lagi?
– Berbohong merupakan dosa besar
– Berbohong yang lebih teruk adalah berdusta di atas Nabi, dan juga atas para ‘alim ulama
– Berbohong apa yang dibenarkan? Apakah contoh-contohnya? Apakah silap faham di dalam memahami pengecualian ini?

– Bahaya mengumpat dan berburuk sangka
– Contoh-contoh mengumpat samada secara lisan, tulisan ataupun isyarat pergerakan badan
– Bilakah dibenarkan mengumpat dan apakah batas-batasannya?
– Apakah silap faham di dalam pengecualian mengumpat?

dan lain-lain lagi…

Secara purata, pembersihan jiwa mempunyai dua proses;

1) Mengosongkan dan membuangkan segala sifat buruk seperti riya’, ‘ujub, sum’ah, hasad, buruk sangka, mengumpat, mencerca, mengkeji, melaknat, sombong, dan lain-lain lagi

2) Menghiasi diri dengan sifat mulia seperti tawadhu’, sabar, mengingati mati, bersyukur, redha, zuhud, dan lain-lain lagi


Buku Rujukan: Penawar Bagi Hati, oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili, Terbitan PTS)

Course curriculum

  • 1

    Lesson 1

    • Pendahuluan - Cara Menggunakan Sistem Ini

    • (A01) Pendahuluan & Tamak Kepada Makanan

  • 2

    Lesson 2

    • (A02) Tamak Dalam Berkata-Kata - Bahagian 1

  • 3

    Lesson 3

    • (A03) Tamak Dalam Berkata-Kata - Bahagian 2

  • 4

    Lesson 4

    • (A04) Marah - Bahagian 1

  • 5

    Lesson 5

    • (A05) Marah - Bahagian 2

  • 6

    Lesson 6

    • (A06) Marah - Bahagian 3

  • 7

    Lesson 7

    • (A07) Hasad Dengki

  • 8

    Lesson 8

    • (A08) Kedekut & Sayang Harta - Bahagian 1

  • 9

    Lesson 9

    • (A09) Kedekut & Sayang Harta - Bahagian 2 & Megah Kerana Pangkat n Kedudukan

  • 10

    Lesson 10

    • (A10) Cinta Dunia & Takbur

  • 11

    Lesson 11

    • (A11) Takbur - Bahagian 2

  • 12

    Lesson 12

    • (A12) Ujub

  • 13

    Lesson 13

    • (A13) Riyak - Bahagian 1

  • 14

    Lesson 14

    • (A14) Riyak - Bahagian 2

  • 15

    Lesson 15

    • (A15) Taubat - Bahagian 1

  • 16

    Lesson 16

    • (A16) Taubat - Bahagian 2

  • 17

    Lesson 17

    • (A17) Takut Kepada Allah

  • 18

    Lesson 18

    • (A18) Zuhud - Bahagian 1

  • 19

    Lesson 19

    • (A19) Zuhud - Bahagian 2 & Sabar - Bahagian 1

  • 20

    Lesson 20

    • (A20) Sabar - Bahagian 2

  • 21

    Lesson 21

    • (A21) Sabar - Bahagian 3

  • 22

    Lesson 22

    • (A22) Syukur

  • 23

    Lesson 23

    • (A23) Ikhlas & Tawakkal

  • 24

    Lesson 24

    • (A24) Kasih Kepada Allah

  • 25

    Lesson 25

    • (A25) Redha Dengan Qadha

  • 26

    Lesson 26

    • (A26) Mengingati Mati

  • 27

    Lesson 27

    • (A27) Rumusan