A-Z Tentang Solat (Fardhu 'Ain)
Kursus ini membincangkan bab-bab solat & bersuci dengan lebih mendalam lagi, menggunakan buku 'A-Z Tentang Solat' oleh Dr. Nik, terbitan Galeri Ilmu.
Ibadah solat adalah TIANG agama. Apabila ia runtuh maka runtuhlah agama. Ia juga adalah amalan yang pertama akan dihisab di akhirat kelak.
Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya amalan yang mula-mula dihisab (diperhitungkan) daripada seorang hamba pada hari kiamat ialah solat…” (Hadis Shahih-Riwayat Abu Daud)
Antara fungsi solat juga ialah ia dapat mencegah pelakunya dari melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar.
Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
“Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.” (QS. Al ‘Ankabut: 45).
Oleh kerana solat juga dikaitkan dengan pencegahan untuk seorang Islam dari melakukan kemaksiatan dan dosa, maka sewajarnya kita mempelajari untuk lebih meningkatkan mutu solat kita dengan melakukan solat dengan cara yang lebih sempurna sesuai dengan tunjuk ajar dari Rasulullah ﷺ.
Maka itu, Kursus Menghalusi Solat untuk dewasa lelaki dan perempuan ini memberi peluang yang intensif kepada masyarakat Islam untuk mendalami ibadah solat, menghalusi perbuatannya serta menghayatinya di dalam kehidupan kita.
Antara topik-topik yang akan dipelajari ialah:
dan lain-lain lagi…
“First time attend kursus tentang menghalusi solat dan ia tidak mengecewakan. Byk ilmu yg telah dapat saya raih.”
“Sangat bermanfaat untuk para ped Ustaz Na’em dapat menarik perhatian peserta sewaktu kursus dan sesi soal jawab banyak memberi pengetahuan am yang relevan.”
“Uztas yg mengajar memang bagus sekali!Saya dpt memahami dgn jelas apa Uztas ajar. :)”
“Ajarannya terperinci dan mudah untuk difahami.”
“Kursus yg informative dan comprehensive. Ustaz yg bertauliah dan sentiasa menjawab segala soalan dgn ikhlas walaupun soalan di luar topik.”
“Kursus yang padat dengan ilmu, penerangan yang jelas dan mudah difahami. Ia memberi keyakinan dan pengesahan dan menhilangkan keraguan tentang amalan yg benar mengikut kehendak syarak. Tentukan kita mahu amalan kita diterima Allah. Terima kasih.”
“Alhamdullilah saya dah blh solat dgn lebih sempurna dan yakin. Terima kasih Ustaz”
“Ustaz yang experienced, alhamdulillah dan membuat kursus ini menarik dan keinginan untuk mempelajari dengan lagi dalam. Syabas!”
“Padat dan menepati modul”
Pendahuluan - Cara Menggunakan Sistem Ini
A-Z Tentang Solat - Sesi 1
A-Z Solat - Kuiz 1
A-Z Tentang Solat - Sesi 2
A-Z Solat - Kuiz 2
A-Z Tentang Solat - Sesi 3
A-Z Solat - Kuiz 3
A-Z Tentang Solat - Sesi 4
A-Z Solat - Kuiz 4
A-Z Tentang Solat - Sesi 5
A-Z Solat - Kuiz 5
A-Z Tentang Solat - Sesi 6
A-Z Solat - Kuiz 6